Wednesday, 16 March 2011

Sinopsis cerpen dendam ; gema sepi gadis genius

Cerpen Dendam karya Shariza A Rahman   
     Along tidak menyukai adiknya,Angah. Dia berdendam terhadap adiknya itu. Barang-barang miliknya selalu dirosakkan oleh Angah. Selain itu, Along juga marah kepada Angah kerana dia selalu dimarahi ibu dan ayahnya atas kesalahan yang dilakukan oleh Angah. Along tidak mengambil kira bahawa Angah jauh lebih muda daripadanya. Apabila kertas milik ayah mereka dikoyakkan oleh Angah, Along juga yang dipersalahkan. Menurut ayahnya, Along mesti menjaga Angah. Oleh sebab Along sering dipersalahkan, maka Along memberontak. Along berasa kesal kerana ayah dan ibunya selalu menyebelahi Angah. Hal ini demikian kerana mereka mempercayai tilikan bidan sewaktu Angah dilahirkan yang mengatakan Angah ialah anak bertuah. Pada suatu hari, Angah memasuki bilik Along kerana mahu meminta maaf. Angah menyatakan rasa kasihnya kepada Along, tetapi Along menolaknya. Perasaan dendam telah mengusai pemikiran Along sehingga terkikis perasaan kasih sayang adik beradik. Pada suatu hari, rantai mutiara milik ibu mereka putus. Apabila ditanya, Along tidak mengaku dia yang melakukannya. Oleh sebab itu, Angah yang dituduh. Lantaran tiada orang lain yang mungkin melakukan kesalahan itu, maka ayah mereka menghukum Angah. Angah dipukul dengan kuatnya. Angah menangis. Along berasa kasihan dan simpati terhadap Angah. Dia menemui Angah. Sebenarnya Along yang melakukan perbuatan itu, tetapi dia mahu mengenakan Angah kerana rasa dendamnya itu. Apabila Angah dihukum dengan beratnya, muncul perasaan simpati yang kemudiannya mengakrabkan kedua-dua orang adik beradik itu.

4 comments:

  1. thanks you ! love this blogger !
    memudah kan kerja saya :)

    ReplyDelete
  2. tq.. blog ini juga memudahkan kerja saya

    ReplyDelete
  3. Bagus!!! saya suka dengan sinopsis ni. harap awak boleh buat banyak lagi.

    ReplyDelete