Monday, 14 March 2011

Sinopsis Drama Hemodialisis

Drama Hemodialisis ini adalah hasil karya Jais Sahok .

Sinopsis =>     Abah mengalami sakit perut yang serius. Mama hendak memanggil Afif untuk memeriksa Abah tetapi, Abah tidak bersetuju .Abah tidak mahu menyusahkan Afif yang sibuk merawat pesakitnya di klinik kerana takut dianggap seorang Abah yang mementingkan diri sendiri. Abah pengsan ketika Mama menjawab telefon daripada Fatin Atiqah . Mama fikir Abah bergurau lalu berasa cemas apabila Abah masih tidak menyedarkan diri. Mama menelefon Afif untuk mendapatkan bantuan. Setibanya Afif di rumah, Abah sudah pun sedar. Afif memeriksa Abah dan bercadang hendak membawanya ke klinik. Namun , Abah bertegas mengatakan bahawa pesakit di kliniknya lebih penting berbanding dirinyaTercetuslah konflik antara dua beranak ini di mana masing-masing mempertahankan pendirian mereka. Keadaan ini memaksa Afif untuk memanggil Doktor Leong, salah seorang doktor yang berkhidmat dengannya. Afif meminta Doktor Leong untuk menasihati Abah agar pergi mendapatkan rawatan di kliniknya tetapi Abah masih juga berdegil. Akhirnya , Abah dipaksa menaiki kerusi roda lalu dibawa ke klinik. Abah pulang membawa alat hemodialisis bersamanya setelah diberi rawatan di klinik Afif. Sebelum Afif pulang ke tempat kerjanya semula, satu lagi perdebatan ringkas telah berlaku di antara abah dengan Afif
Beberapa hari kemudian, Fatin Atiqah pulang bersama teman lelakinya Saufi ,setelah tamat pengajian dan berjaya dalam akademiknya. Fatin Atiqah terkejut melihat keadaan Abah lalu kedua beranak tersebut berpelukan. Abah rebah setelah mereka berpelukan menyebabkan sambungan mesin hemodialisisnya terputus. Keadaan menjadi kelam-kabut kerana tiada seorang pun yang tahu cara menyambungkan semula mesin itu melainkan Afif. Afif dengan sepantas kilat menyambungkan saluran alat hemodialisis itu ke tubuh Abah semula setibanya di rumah.
 wallahualam~

No comments:

Post a Comment